BAHAGIAN A
(ANTHROPOMETRIK)
UJIAN 1 : KETINGGIAN
BERDIRI (STANDING HEIGHT)
1. Definisi : Ukuran
jarak dari lantai hingga ke bahagian paling atas
kepala semasa posisi berdiri tanpa beralas kaki. (tidak
memakai kasut dan stokin)
2. Rasional : Tinggi
atau rendah individu mempunyai kepentingan
terhadap sesuatu jenis sukan atau permainan.
Contoh :- Atlet
bola keranjang, bola jaring, pendayung dan
perenang mempunyai kelebihan
dari ketinggian manakala atlet gimnastik dan terjun mendapat kelebihan jika
rendah.
3. Objektif : Untuk mendapat ukuran ketinggian
murid semasa posisi
berdiri.
4. Peralatan : Pita
Pengukur (2 meter)
Pita penanda
Papan klip A4 atau
Sesiku ‘L’ panjang
Pegawai : Memerlukan
3 penguji satu stesyen:
-
Prosedur (Pegawai yang menilai pelakuan peserta)
-
Penguji (Membaca ukuran)
-
Pencat
5. Prosedur :
5.1
Pita ukur dilekatkan secara menegak di permukaan dinding
yang rata setinggi dua (2) meter.
5.2
Murid berdiri membelakangkan dinding dengan kepala, bahu,
punggung dan tumit berada dalam keadaan rapat ke dinding. Pita ukur berada di
tengah-tengah belakang badan tanpa memakai alas kaki.
5.3
Kedua-dua belah kaki mesti
dalam posisi rapat sementara kedua-dua tapak tangan mesti rapat di sisi peha.
5.4
Semasa ukuran dibuat, murid menarik nafas, tahan nafas,
dan memandang kehadapan.
5.5
Ukuran tinggi diambil dari bahagian permukaan lantai
hingga ke bahagian paling atas kepala. Untuk mendapat bacaan yang tepat,
pastikan papan klip A4 (bahagian tinggi) diletakkan rapat pada dinding (90
darjah) secara menegak (bahagian tapak) di bahagian paling atas kepala. (Pastikan murid tidak mengangkat tumit
semasa ukuran diambil).
5.6
Bacaan perlu diambil pada paras mata penguji.
6. Pemarkahan : Bacaan diambil hampir kepada 0.1cm.
UJIAN 1 -
KETINGGIAN BERDIRI (STANDING HEIGHT)
TUJUAN : Untuk mendapat
ukuran ketinggian murid semasa posisi berdiri.
PROSEDUR
- Pita ukur
dilekatkan secara menegak di permukaan dinding yang rata setinggi dua (2)
meter.
- Murid berdiri membelakangkan dinding dengan kepala, bahu, punggung dan
tumit berada dalam keadaan rapat ke dinding. Pita ukur berada di tengah-tengah
belakang badan tanpa memakai alas kaki.
- Kedua-dua belah kaki mesti dalam posisi rapat sementara kedua-dua tapak
tangan mesti rapat di sisi peha.
- Semasa ukuran dibuat, murid menarik nafas, tahan nafas, dan memandang
kehadapan.
- Ukuran tinggi diambil dari bahagian permukaan lantai hingga ke bahagian
paling atas kepala. Untuk mendapat bacaan yang tepat, pastikan papan klip A4
(bahagian tinggi) diletakkan rapat pada dinding (90 darjah) secara menegak
(bahagian tapak) di bahagian paling atas kepala. (Pastikan murid tidak mengangkat
tumit semasa ukuran diambil).
- Bacaan perlu diambil pada paras mata penguji.
- Pemarkahan : Bacaan diambil hampir kepada 0.1cm.
UJIAN 2 -
KETINGGIAN DUDUK (SITTING HEIGHT)
TUJUAN : Untuk mendapat
nisbah (panjang kaki) ukuran bahagian atas dan bawah badan semasa posisi duduk
melunjur.
PROSEDUR
- Pita ukur dilekatkan secara menegak dipermukaan
dinding yang rata setinggi dua (2)
meter.
- Murid duduk membelakangkan dinding dengan posisi
kepala, bahu dan punggung berada dalam keadaan rapat ke dinding dan pita ukur
berada di tengah-tengah belakang badan.
- Kedua-dua belah kaki mesti dalam posisi rapat dan
melunjur dengan lurus.
- Semasa ukuran dibuat, murid menarik nafas, tahan
nafas dan memandang ke hadapan.
- Ukuran tinggi diambil dari bahagian permukaan lantai
hingga ke bahagian paling atas kepala. Untuk mendapat bacaan yang tepat,
pastikan clipboard A4 (bahagian tinggi) diletakkan rapat pada dinding (90
darjah) secara menegak (bahagian tapak) di bahagian paling atas kepala (Pastikan
punggung murid tidak terangkat semasa ukuran dibuat).
- Bacaan dicatat pada paras mata penguji.
- Pemarkahan :
Bacaan diambil hampir kepada 0.1cm
UJIAN
3 - PANJANG DEPA ( ARMSPAN)
TUJUAN : Untuk mendapat
ukuran panjang, lengan semasa mendepa.
PROSEDUR
- Pita ukur dilekatkan secara
melintang di permukaan dinding yang rata sepanjang tiga (3) meter. Bacaan sifar
(0) pada pita ukur hendaklah dilekatkan
berada pada (1) penjuru dinding.
- Murid berdiri membelakangkan
dinding dengan posisi kepala, bahu dan punggung berada dalam keadaan rapat ke
dinding. Ke dua belah kaki berada dalam posisi rapat.
- Murid mendepakan kedua tangan
pada paras bahu dan ianya selari dengan pita ukur yang dilekatkan secara
melintang di permukaan dinding. Posisi tapak tangan mesti menghadap ke hadapan.
- Semasa ukuran diambil, murid
dikehendaki menarik nafas dan tahan nafas serta memandang ke hadapan.
- Ukuran diambil dari bahagian
dari hujung jari tangan kiri hingga ke bahagian paling hujung jari tangan kanan
(Jika ada kecacatan anggota tangan, ukur pada bahagian paling hujung anggota
tanagan). Untuk mendapatkan bacaan yang tepat, pastikan papan klip A4
diletakkan rapat pada dinding (90 darjah) secara menegak di bahagian hujung
jari yang bertentangan dengan jari di hujung penjuru dinding.
- Bacaan dicatat pada paras mata penguji.
UJIAN 4 -
BERAT BADAN
TUJUAN : Untuk mendapat bacaan berat badan.
PROSEDUR
- Alat penimbang diletakkan di
atas permukaan lantai yang rata.
- Pastikan jarum alat penimbang
berat bermula pada skala sifar (0).
- Semasa bacaan dibuat, murid dikehendaki berdiri dalam posisi menegak
di tengah-tengah alat penimbang tanpa alas kaki dan memandang ke hadapan. ( Pastikan murid memakai pakaian yang
ringan).
- Pemarkahan : Bacaan diambil
hampir kepada 0.5kg.
- Berasa
tidak selesa
- Jari tidak menyentuh bahagian luar garisan penanda kedua
- Tumit terangkat
UJIAN 5 -
LARI PECUT 40 METER.
TUJUAN : Untuk mendapat
catatan masa bagi mengukur kepantasan.
PROSEDUR
- Tandakan
garisan permulaan dan penamat dengan jelas untuk jarak 40 meter. Letakkan dua (2) kon di setiap hujung
garisan permulaan dan garisan penamat.
- Murid memulakan larian dengan posisi berdiri
standing start dalam keadaan sebelah
kaki dominan berada di belakang garisan permulaan. (Dibantu oleh seorang
pembantu pelepas).
- Pelepas berdiri 5 meter di hadapan garisan
permulaan. Pelepas akan memberi isyarat ’sedia’ dengan mengangkat tangan lurus
dengan bendera pada paras bahu.
- Catatan masa mula diambil (oleh penjaga masa)
sebaik sahaja pelepas menjatuhkan bendera ke bawah.
- Murid hendaklah memakai kasut (wajib) sukan
semasa ujian dijalankan dan kasut spike tidak dibenarkan.
- Setiap murid diberi dua (2) percubaan.
- Pemarkahan :
Catatan masa terpantas diambil hampir kepada 0.01 saat.
**(Pastikan
pelajar dilepaskan hanya seorang setiap kali sahaja)
UJIAN 6 -
JANGKAUAN MELUNJUR
TUJUAN : Untuk mengukur
tahap kelenturan dan kelembutan sendi pinggul, ’trunk’, otot belakang dan
belakang paha (hamstring).
PROSEDUR
- Murid duduk melunjur tanpa kasut.
- Tumit kaki di letak di belakang penanda 25cm.
- Kedua-dua kaki lurus sepanjang masa ujian. Rakan memegang lutut.
- Tapak tangan kanana ditindih di atas belakang tapak tangan kiri dalam keadaan hujung jari tengah hendaklah sama.
- Dagu rapat ke
dada. Jangkaukan tangan perlahan-lahan sejauh yang
mungkin atas pita pengukur.
- Jangkauan
hendaklah dikekalkan selama 3 saat tanpa menyentap.
- Murid diberi tiga percubaan berturut-turut.
– Percubahan terbaik
diambil kira sebagai skor. Bacaan dikira pada sentimeter yang terhampir.
- Tidak perlu merekod dalam titik perpuluhan.
- Murid yang
membantu memegang lutut pelaku tidak menganggu pelaku.
UJIAN 7 - LARI ULANG ALIK (1O METER)
TUJUAN : Untuk mengukur tahap ketangkasan dalam catatan masa yang paling singkat.
PROSEDUR
- Tandakan dua garisan untuk jarak larian 10 meter.
- Letakkan 2 bongkah kayu melepasi garisan 10 meter. Jarak selepas garisan 30 cm. Jarak antara dua (2) bongkah kayu 30 cm. (Tandakan)
- Murid berdiri di belakang garisan yang bertentangan dengan garisan yang diletakkan dua (2) bongkah kayu tersebut.
- Apabila isyarat ’mula’ diberikan, peserta akan berlari menuju ke garisan yang telah diletakkan bongkah kayu, ambil satu daripada dua (2) bongkah kayu tersebut dan berlari semula ke garisan permulaan. Letakkan bongkah kayu yang pertama di kawasan yang telah ditandakan 30cm di luar garisan permulaan. Lari semula ke garisan yang bertentangan, ambil satu lagi bongkah kayu dan berlari semula ke garisan permulaan untuk menamatkan lari ulang alik 10 meter.
- Pastikan sebelah kaki murid melepasi garisan semasa mengambil dan meletakkan bongkah kayu.
- Catatan masa mula dikira sebaik sahaja pegawai memberi isyarat ’mula’ sehingga ’torso’ murid melepasi garisan setelah selesai mengambil bongkah kayu yang kedua seperti prosedur di atas. (Jumlah ulang alik sebanyak 4 kali)
- Larian hendaklah dilakukan sebanyak 2 kali mengikut giliran.
- Pemarkahan: Catatan masa terpantas diambil hampir kepada 0.1 saat
**Nota :Jika bongkah kayu terlepas dari tangan / terjatuh,semasa berlari, larian perlu dihentikan dan ujian perlu dibuat semula.
UJIAN 8 - LOMPAT JAUH BERDIRI
TUJUAN : Untuk mengetahui tahap kekuatan kuasa eksplosif otot kaki posisi lompat berdiri.
TUJUAN : Untuk mengetahui tahap kekuatan kuasa eksplosif otot kaki posisi lompat berdiri.
PROSEDUR
- Tandakan garisan permulaan dan lekatkan pita ukur pada lantai yang rata dengan tanda sifar (0) tepat berada di garisan permulaan.
- Murid berdiri dua belah kaki rapat ke garisan dan buka kaki seluas bahu. (tidak memijak / berdiri terlalu jauh dari gaisan).
- Murid berdiri di hujung bebola kaki.
- Murid membuat lompatan ke hadapan sejauh mungkin dengan bantuan hayunan tangan.
- Bacaan jarak lompatan dikira pada mana-mana bahagian tumit yang paling belakang semasa mendarat dan skor diambil berdasarkan jarak lompatan yang terbaik.
- Lompatan hendaklah dilakukan sebanyak 2 kali berturut-turut.
- Murid diwajibkan memakai kasut sukan.
- Pemarkahan:Bacaan diambil hampir kepada 0.1sm.